Nov 29, 2010

siri komputer peribadi.

By julie"anne at 4:21 AM

Komputer peribadi pertama saya adalah apple tersebut. Saya sayang dia. Tapi dia sudah tua. Sudah wujud garisan-garisan penenuaan di wajahnya.

Komputer asus itu kami beli bersama-sama ketika apple saya rosak pada satu ketika dahulu. Kami berkongsi duit untuk membelinya kerana saya sudah tidak sabar lagi hidup tanpa komputer pada masa itu. Rasa sayang pula mahu jual. Tapi keadaannya sudah terlalu uzur sejak dia ditinggalkan di Malaysia. Saya sudah serik. Tak mahu lagi tinggalkan barang mahal pada orang yang tidak bertanggungjawab serta tidak tahu menjaga barang. Selamat tinggal asus!

ibm adalah komputer yang encik yu beli kerana dia jeles saya ada lettop (adik ita yang ajar) baru (asus), pada masa itu. dia hanya membeli lettop second hand yang murah. lettop ini sangat lasak, dan penggunanya pun ganas sampai sekarang dia sudah tidak dapat digunakan. Alah, dh memang lettop uzur...

lenovo adalah lettop baru yang kami beli malam semalam..hoho..ingatkan second hand. sekali brand new woh woh woh..penjual itu mendapatnya sebagai hadiah lalu menjualnya kerana tidak memerlukannya. Agak murah kut berbanding harga pasaran. Kami pun bersetuju untuk membelinya. Siap pergi ke rumah orang tu malam-malam pukul 9 lagi..biasa dah tidur dah..ceh tipu..sekarang 9:07p.m. tak tido punnnnn...

hp110 adalah netbook baru yang bakal menggantikan samsung nc10 tidak lama lagi. Tiba-tiba je yu belinya kerana mungkin dia memang nak jual samsungnya. Mungkin kerana beliau sudah dapat merasakan yang samsungnya sudah uzur.

samsung nc10 adalah sahabat baik yu. Ke mana-mana pun pasti akan dibawanya waima ke toilet sekalipun...lol!!sangat over punya description. Tapi memang. Setiap waktu akan nampak dia bersama-sama samsungnya melayari auto trader. duhhhh.. rasa nak banting je samsung pada masa itu. haha. Tapi itu semua akan berakhir tidak lama lagi. Samsung akan dijual untuk menampung kos pembelian komputer-komputer lain, sama seperti asus. Viva samsung!

Heh, perasan tak dapur saya. Heeheeeee....bukan nak cakap pasal dapur saya selerak..T.T  tapi tentang dindingnya yang kami tampal dengan tikar getah..nampak stylo wohhh..ye, dapur saya kecik sebab rumah pun kecik. Xkisah la. Klein, aber mein! Kata Vermieter saya yang chumil lagi baik hati :)

Deine,

Nov 28, 2010

CKM n H&M..oh they rhyme!

By julie"anne at 5:06 PM

Pada malam jumaat lepas encik yu dan cik juli pergi berjalan2 ke bandar untuk melawat ChristKindlesMarkt yang mereka tidak tahu baru bermula pada hari itu..kalau tau sumpah malas gi sebab mesti ramai gile org kat situ. Nak jalan pn kena laga2 punggung..huhu










































cili celup cokelat pn ade!!!
























akhir sekali beli kacang cashew ni je..utk kunyah2 sepanjang jalan..
























end up g singgah h&m and shopping sebab ramai sangat orgnye..siap semua channel nk buat liputan..Kate CKM terbesar kat europe..ter la sangat kan..bazar ramadhan kat malaysia besar lagi..

colorful kan kasut ni..3€ je..lol!!






boots ini adalah utk dipulangkan. harga dia ok, tapi bila beli online blh dpt diskaun sebab ade online gutschein..so, dr 18€ blh dapat13€ saje..









click here for more pictures of CKM 2010

setakat ini saja buat kali ini..hingga bertemu di lain entry.. :))

Deine,

Nov 26, 2010

ikea

By julie"anne at 3:57 PM
sllu dgr org malaysia makan kat ikea..padahal tempat jual perabot..huhu

kalau pergi ikea kat fürth ni akan nampak bnyak iklan hotdog dia yg cuma 1€. hotdog + soft drink = 1€. hotdog saje 1€ jugak.air saje 1€ gak..apekah..




sebab teringin sangat dan xboleh makan hotdog itu, terpakse beli biskut keras n ambil dressing hotdog saje..terus suke and balik rumah singgah zara markt untuk beli pickeld cucumber and bawang goreng. nice!

Deine,

Nov 14, 2010

at hbf curi tenet.. :)

By julie"anne at 3:40 AM



minta maaf ye rakan2. buat masa ini saya tidak boleh update blog dengan kerap. rumah baru blm ade tenet lagi..ni pn menumpang tenet dari coffee fellows di hauptbahnhof (main railway station). harap maklum..kesulitan adalah amat dikesali. until then, mari kita bekerja dengan bersungguh2 demi mendapatkan rezeki yg halal lagi barakah.

oh ye, saya sedang menjalankan praktikal di sebuah syarikat di nuernberg. jadi adalah sangat sibuk..hari2 balik pukul 6. mmg xsempat nak singgah hauptbahnhof selalu..hihi..babaii...sampai jumpa lagi..tschüss!!
Deine,

Nov 1, 2010

Hot Tacos - the spicy fast food

By julie"anne at 2:20 AM
 

Deine,
Related Posts with Thumbnails
 

julie"anne Copyright © 2006-2030 julie"anne Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez