Jun 16, 2011

keranamu Laila @tv3malaysia

By julie"anne at 6:33 AM
Keranamu Laila adalah sebuah lagi drama 13 episod yang disiarkan di TV3 menerusi slot Zehra. Ye, tatkala ini semua orang sedang gilakan Nora Elena. Sape taknak laki macam Seth tu kan. Lagi-lagi si Lyd tu. Tahpape la. haha. Tapi saya taknak la. Malas la nak berangan pasal lelaki-lelaki ni. Semua sama je. Kalau kita rasa sweet, sweet la mereka. kalau tidak, sweat…
image
sila follow macik ni. lol! Sila jangan saman saya.

First time keluar Nora Elena dulu yu yang pasang. Tak tau pulak yang cerita ni menjadi hit di Malaysia. Dulu tengok part yang rantai basikal tercabut pastu kena rogol terus tak layan dh, sampai la ke cuti Pfingsten yang lalu. Kat Twitter and FB orang dok bising-bising pasal Seth Tan la, Nora la, Elena la kan. Pastu layan la gak sampai ke hari ni. Nak tengok la ape yang bestnya. Tak silap pernah kut baca Novel tu. Tapi tak ingat bila dan di mana. Mungkin antara puluhan himpunan novel si Lyd tersebut. Huhu.

Tapi imho, Keranamu Laila adalah menarik lagi. Dia punya heroine kan macam Sharifah Amani, tapi more decent la. Takde la keluar suara sengau ke nak panjat-panjat ke, nak dukung-dukung ke kan. Jalan ceritanya pun OK la. Mungkin sebab siarannya seminggu sekali (if I’m not mistaken), ceritanya pun macam cepat je. Cuma waktu nak menunggu episod seterusnya la macam lama. Kalau Nora Elena ambik masa sampai 2, 3 episod nak putus tunang, dalam cerita Keranamu Laila dorang boleh gado and baik semula and gado balik dalam satu episod je. Tapi ye la kan, waktu nak terbongkar rahsia pasal anak angkat tu mmg la lambat. Takkan nak terus bagi tau kan. Itu anticlimax namanya. Tapi viewer dah tau la kisahnya macam mana. Main characters je yang fail gila kut nak connect the dots, bak kata encik yu kite.

Bagi sesiapa yang suka cerita-cerita fun macam cerita korea ke, Dunia Baru ke boleh la layan cerita ni. OK la. Fun katanya. Dialognya bersahaja. Tidak la seromantik si Seth tu, Hariz ke, Malek ke. Heronya pun takde la se’handsome’ Aaron Aziz. Cukup la sedap mata memandang. Heroin dia hawt, y’all!

Nora Elena pun OK je. Tapi kurang elemen fun dan remaja. Walaupun dah tak remaja, tapi tak kisah lah. whatever..

Kepada encik kerajaan, janganla block sana, block sini. Dahla nak tengok tv3 pun kadang-kadang susah. Ada rancangan yang tak boleh ditonton di tonton.com.my kalau berada di luar negara. So, macam mana nak promote produk-produk tempatan gitu. Camane si Gambit tu boleh buat VC untuk pasaran US? haha. This is so random.

Update: sebab ramai orang terserempak dengan blog ni nak cari info tentang heroin cerita keranamu Laila ni, maka saya telah merajinkan diri menambah info beliau :
nama: Izara Aishah
FB: 
Related Posts with Thumbnails
 

julie"anne Copyright © 2006-2030 julie"anne Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez