Nov 18, 2014

Penat

By julie"anne at 5:46 PM
Siapa tak penat, cuba tidurkan anak tak tidur-tidur.
Bila kita baru nak bangun masak, baru dia bagi cue nak tidur. 
Tidurkan la dia dulu. 
Kemudian cepat-cepat lari ke dapur nak masak, hubby balik makan tengahhari. 
Lama pulak nak masaknya ayam ni. 
Perut dah lapar dek menyusukan anak.
Periksa oven tiba-tiba "clash".
Mangkuk pecah. 
Lauk dah rosak.
Husband dah balik. 
Baby dah bangun semula. 

Nangis. Nangis je la yang boleh. 

Terpaksa husband keluar. 
Belikan nasi ayam. 

Memang penat jadi surirumah.
Penat dan bosan kadang-kadang. 
Tak ada kawan nak luahkan perasaan. 
Tak ada teman borak.

Tapi semua tu hilang bila tengok si comel. 

Tapi bila dah sentiasa duduk di rumah, mana lah nak jaga sangat penampilan. 
Entah suka tak husband tengok kau serabai.
Di ofis ramai yang wangi-wangi mekap tebal-tebal. 

Ah, jangan kau dengar kata syaitan. 
Kerjanya memang menyesatkan.

Nov 17, 2014

.

By julie"anne at 1:36 AM
Ya Allah,
Ikhlaskan hatiku, ya Allah.

Sesungguhnya aku tak dapat mengharapkan keadilan dari makhlukMu
Kerana Kau lah yang maha adil lagi bijaksana
Yang maha mengetahui segala bentuk hikmah disebalik ketentuanMu

Ya Allah,
Jadikanlah hatiku redha dengan segala ujianMu

Ikhlaskan hatiku, ya Allah
Ikhlaskan hatiku, ya Allah
Ikhlaskan hatiku, ya Allah

Amiin.
Related Posts with Thumbnails
 

julie"anne Copyright © 2006-2030 julie"anne Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez